fbpx

‘Dah ada bau-bau PKP’ – Netizen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan. - FOTO: MOHD FARIZWAN HASBULLAH

PETALING JAYA – Peningkatan kes varian Omicron yang dilaporkan baru-baru ini melahirkan kegusaran dalam kalangan orang ramai sekiranya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan semula.

Tinjauan Kosmo! di laman sosial mendapati rata-rata orang ramai mula meluahkan kerisauan jika terpaksa berdepan dengan sekatan penuh  seperti yang berlaku sebelum ini.

Ramai dilihat sudah pasrah dan reda jika terpaksa menyambut raya Aidilfitri di perantauan atau secara bersendirian.

“Memang tidak menyimpan harapan untuk beraya macam dahulu sebab dah dua kali beraya seorang diri, terima dengan rela hati,” luah Lyza Emyza.

“Macam biasa, tapi pelik juga kenapa masa raya mesti hendak dikenakan PKP,” ujar Nur Amira.

Omicron merupakan varian terbaharu Covid-19 yang diumumkan Organisasi Kesihatan Dunia (WHO) dan diklasifikasi sebagai variant of concern (VoC) sejak 19 November lalu.

Setakat ini, sebanyak 245 kes varian Omicron iaitu 233 kes jangkitan import dan 12 kes penularan tempatan direkodkan.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI