fbpx

Banjir : Peruntukan tambahan RM12.5 juta bagi urus sisa pepejal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Reezal Merican (kanan) dan Amirudin (dua kanan) mendengar taklimat pembersihan pasca banjir daripada Zamani, hari ini.

SHAH ALAM – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyediakan peruntukan tambahan sebanyak RM12.5 juta bagi pengurusan sisa pepejal bagi pasca banjir.

Menterinya, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, daripada peruntukkan berkenaan lebih RM5 juta kepada Selangor sahaja bagi kerja-kerja pengurusan termasuk di Taman Sri Muda.

“Lokaliti ini (Taman Sri Muda) adalah antara salah satu kawasan yang terjejas teruk akibat banjir baru-baru ini.

“Malah pada hari ini, KPKT bersama kerajaan negeri dan 2,100 sukarelawan serta kakitangan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengadakan pembersihan mega secara bersepadu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu beliau bersama Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mendengar taklimat berhubung pembersihan pasca banjir daripada Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Zamani Ahmad Mansor di Pangsapuri Andorra Taman Sri Muda hari ini.

Jelas Reezal Merican, kementeriannya terdahulu telah memperuntukkan RM50 juta bagi membaiki kemudahan awam dan padang di bawah bidang kuasa KPKT yang rosak akibat banjir.

“Kita akan mengadakan perbincangan beraama Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) bagi menentukan tindakan selanjutnya bagi kerja-kerja membaiki rumah dan lain-lain,” tegasnya.

Sementara itu, Amirudin memaklumkan, kerajaan negeri akan meneruskan agenda merangka pelan pemulihan jangka panjang untuk meningkatkan sistem perparitan dan saliran di kawasan Taman Sri Muda pada bulan depan.

“Perkara tersebut akan dibincangkan secara lanjut menerusi sesi ‘retreat’ pada Februari depan melalui pihak exco infrastruktur, Ir. Izham Hashim,” katanya.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI