fbpx

Banjir: 3 negeri catat penurunan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jumlah mangsa banjir di Johor, Pahang dan Melaka mencatatkan penurunan seramai 4,548 orang daripada 1,279 keluarga yang ditempatkan di 65 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat pukul 2 petang tadi.

Melalui portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), negeri merekodkan mangsa tertinggi di PPS adalah Johor melibatkan 3,907 orang daripada 1,096 keluarga di 55 PPS.

“Ia melibatkan beberapa kawasan di daerah Muar, Batu Pahat, Tangkak dan Segamat.

“Di pahang, jumlah mangsa adalah seramai 272 orang daripada 84 keluarga yang ditempatkan tujuh PPS manakala di Melaka melibatkan 369 mangsa daripada 99 keluarga di tiga PPS,” katanya.

Menerusi portal Info Banjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), sejumlah lima sungai di Johor merekodkan paras air melebihi tahap bahaya ekoran hujan berterusan sekali gus berisiko untuk menyebabkan banjir di kawasan berkenaan.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI