fbpx

‘Baiki sistem parit kampung kami’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAFIZ menunjukkan benteng penahan tebing di sepanjang parit besar yang hampir roboh di Kampung Johan Setia, Klang semalam.

KLANG – Kira-kira 2,000 penduduk Kampung Johan Setia, di sini yang masih trauma dengan musibah banjir mahu sistem perparitan dipertingkatkan di lokaliti tersebut.

Ini ekoran perparitan sedia ada tidak mampu menampung aliran air terutama ketika hujan berte­rusan dari Jalan Kebun dan kawasan sekitar kampung ini.

Seorang penduduk, Hafiz Saribin, 52, berkata, kampung tersebut tidak pernah dinaiki air sehingga mencecah satu meter sepanjang dia membesar di situ.

Dakwanya, sikap pihak kontraktor pembangunan Transit Ali­ran Ringan (LRT) membina ­aliran air menerusi laluan yang bukan berasaskan longkang konkrit dan membawa pasir menyebabkan parit menjadi cetek.

“Malah, ada ban penahan air yang hampir roboh yang semestinya boleh menyebabkan limpahan ke sekitar kampung terutamanya ketika hujan lebat.

“Kami berharap Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Klang dan pemaju projek LRT 3 duduk semeja menyelesaikan isu perparitan ini,” katanya ketika ditemui semalam.

Katanya, pihak pemaju projek LRT 3 memaklumkan telah mengambil tindakan sewajarnya untuk memastikan air tidak melimpah, namun tindakan itu dilihat tidak memadai.

“Banjir baru-baru ini me­ngakibatkan saya rugi RM10,000 apabila perabot, barang elektrik dan kereta rosak,” katanya.

Sementara itu, seorang penduduk, Siti Suraya Sharif, 38, mendakwa, kawasan sekitar rumahnya tidak pernah dilanda banjir walaupun hujan lebat sebelum pembinaan projek LRT 3.

“Banjir tidak akan berlaku jika sistem perparitan diselenggara dengan baik. Apabila laluan air hujan terganggu menyebabkan air tidak dapat mengalir dengan baik,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI