PUTRAJAYA – Sebanyak 3,251 kes jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan hari ini, menurun sedikit berbanding semalam iaitu sebanyak 3,381 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, angka kes yang dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,783,331 kes. – K! ONLINE