fbpx

Wanita letak ikan mati setiap hari dalam peti surat bekas teman lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WANITA itu bertindak meninggalkan ikan mati pada peti surat rumah bekas teman lelakinya kerana ingin membalas dendam. - TikTok

NEW YORK – Seorang wanita mendedahkan mengenai tindakannya meletakkan seekor ikan mati di dalam peti surat rumah bekas teman lelakinya pada setiap hari bagi tujuan  membalas dendam, lapor akhbar New York Post semalam.  

Video yang dimuat naik menerusi akaun TikTok bernama @katieber5 itu kini mendapat lebih 2.2 juta tontonan. 

Rakaman kejadian menunjukkan wanita bernama Katie itu membawa seekor ikan mati dan meletakkannya di dalam sebuah peti surat rumah bekas teman lelakinya.

Bagaimanapun, punca perbalahan antara mereka tidak dijelaskan dengan lanjut. 

Menerusi komen bersama klip video berkenaan, Katie menjelaskan bahawa dia ingin bekas teman lelakinya ‘sentiasa merinduinya’ dengan melakukan perkara sedemikian. 

Netizen mula membanjiri ruangan komen di akaun tersebut. 

“Sangat kelakar, L.O.L,’’ tulis seorang netizen. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI