PETALING JAYA – Pepatah Melayu ada menyebut, ‘sikit-sikit lama-lama jadi bukit’ mungkin bertepatan bagi mengenai situasi ini.
Melalui satu klip video tular di media sosial ketika ini, seorang lelaki berjaya menukar duit syiling yang dikumpul sejak sekian lama sebanyak RM25,000.
Perkongsian itu juga memaparkan duit syiling yang dikumpul sejak sekian lama itu penuh satu tempayan.
Rata-rata orang ramai yang menyaksikan klip video tersebut turut terkejut dengan jumlah wang yang mencecah puluhan ribu ringgit.
“Banyaknya, tapi betul saya pernah tukar syiling yang saya simpan dalam kotak bedak anak saya, penuh kotak tu pun dah dapat RM800 lebih.
“Saya nak cakap, jangan pandang rendah dengan syiling, kita ni kalau 10 sen pun merata dekat rumah. Kumpul saja mana tahu dapat RM100,000,” kata Fakhri Nazim.
“RM25,000 banyak tu, kereta Proton Waja second hand dapat beli tiga. Betul rajin menyimpan abang ni.
“Tengok video ni aku pula rasa nak kumpul duit syiling bermula hari ni, doakan aku istiqomah geng. Dapat beli Yamaha Y15 dah bersyukur dah,” jelas Irfan Paksu. -K! ONLINE.