fbpx

Tangguh sementara ambil pekerja Bangladesh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hishamuddin (dua kanan) bercakap selepas menyerahkan memorandum kepada Kementerian Sumber Manusia (KSM) untuk menangguhkan proses membawa pekerja asing ke Malaysia di perkarangan Kementerian Blok D, Putrajaya, hari ini.- Foto FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Kementerian Sumber Manusia (KSM) diminta supaya menangguhkan sementara keputusan proses pengambilan pekerja asing dari Bangladesh sehingga kajian tepat dikeluarkan berhubung jumlah sebenar pekerja asing di negara ini.

Gesaan itu dikeluarkan Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) dan Persatuan Pengguna Semboyan Malaysia (Semboyan) pada sidang akhbar, di sini hari ini.

Setiausaha Agung MHO, Datuk Hishamuddin Hassim berkata, pihaknya merasakan tidak wajar bagi KSM membawa masuk pekerja asing ke negara ini sedangkan negara kini berdepan lambakan warga asing.

Beliau berkata, sepatutnya kerajaan perlu mendahulukan pekerja tempatan memandangkan kadar pengganguran di negara ini masih kekal tinggi.

“Justeru, satu kajian lebih menyeluruh dan terperinci perlu dijalankan sebelum pengambilan pekerja asing ini bermula.

“Kami juga mahu KSM untuk memberikan peluang dan keutamaan pekerjaan kepada rakyat Malaysia yang masih menganggur atau kehilangan pekerjaan disebabkan pandemik Covid-19,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI