fbpx

Suami malas biar ibu mentua urus isteri lepas bersalin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wanita yang baru bersalin itu hanya dibantu ibunya yang sudah tua meskipun suaminya turut berada di situ. - TikTok/manusiabiasa

JAKARTA – Aksi seorang lelaki yang hanya duduk tercegat dan tidak membantu isterinya yang baru melahirkan anak di sebuah hospital di Indonesia dikecam netizen  kerana membiarkan ibu mentuanya melakukan tugas itu seorang diri, lapor laman berita Suara.com hari ini.

Berdasarkan klip video yang tular di TikTok, seorang wanita yang baru lepas melahirkan anak dilihat terbaring di atas katil sebuah hospital dalam keadaan tidak bermaya.

Di tepi katilnya, kelihatan ibu wanita berkenaan yang sudah tua duduk di atas lantai bersama  bayi anaknya.

“Saya kasihan melihat ibu kepada wanita ini yang tidak dapat berehat kerana perlu menjaga bayi anaknya sedangkan menantunya ada di situ,” tulis keterangan dalam video tersebut.

Tambah keterangan itu, suami wanita berkenaan hanya tidur, bahkan ketika bayinya menangis, dia hanya berdiam diri dan tidak berbuat apa-apa.

“Suaminya berada di situ, namun hanya tidur sahaja. Anak menangis pun dia langsung tidak bergerak, apatah lagi hendak mendukung bayinya.

“Akhirnya, ibu mentuanya yang bangun dan membantu wanita itu menjaga bayinya sedangkan dia sudah tua.

“Jadi, buat para suami di luar sana, kalau  menemani isteri bersalin, tolong bantu mereka dan jangan hanya duduk dan tidak berbuat apa-apa,” kata keterangan video itu lagi.

Video tersebut menjadi tular dengan ramai netizen memberikan pelbagai komen.

“Mungkin sebab bayinya baru lahir, jadi dia tidak berani mendukung bayi itu kerana bimbang tersalah teknik,” kata seorang netizen.

“Begitulah pengorbanan seorang ibu. Ketika kita kecil, dia penat menguruskan kita dan ketika cucunya lahir, dia menguruskan cucunya pula,” kata seorang pengguna lain. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI