fbpx

Stok buku teks mencukupi untuk murid terjejas banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang dikongsikan oleh Radzi di laman Facebook hari ini.

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) mempunyai stok buku mencukupi bagi menggantikan buku murid-murid yang hilang dan rosak akibat bencana banjir baru-baru ini.

Menteri Kanan (Pendidikan) Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, berdasarkan rekod KPM, sebanyak 263,662 buku teks rosak akibat banjir membabitkan 14,422 murid di seluruh negara.

Beliau berkata, guru-guru sudah diarahkan untuk merekodkan jumlah buku teks yang rosak dan hilang supaya ia dapat digantikan segera bagi memastikan sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) minggu hadapan berjalan lancar.

“Kepada murid yang hilang atau buku teks mereka rosak akibat banjir, jangan risau, anak-anak tidak perlu bayar atau ganti buku teks berkenaan.

“Kami sedar ramai murid terjejas dalam bencana banjir baru-baru ini,” katanya menerusi satu rakaman video di Facebook, hari ini.

Katanya, beliau doakan semoga anak-anak yang terjejas banjir dapat mengharungi tempoh sukar ini dan menjalani sesi persekolahan mulai minggu hadapan.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI