fbpx

Raja Bomoh, ‘Puteri Zaleha’ diberi jamin RM3,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
IBRAHIM Mat Zin di luar kamar Mahkamah Rendah Syariah Ipoh di sini hari ini.

IPOH – Raja Bomoh atau Ibrahim Mat Zin dan sepupunya, Suliaha Abdul Hamid yang tular dengan video ritual dipercayai bagi menolak musibah bencana banjir Rabu lalu, dibebaskan dengan jaminan Mahkamah Rendah Syariah Ipoh di sini, hari ini.

Pada prosiding tersebut, Hakim Syarie Mohammad Najib Ab. Razak membenarkan Ibrahim, 71, dan Suliaha, 62, masing-masing dibebaskan dengan jaminan RM3,000 dengan seorang penjamin dalam kalangan ahli keluarga.

Mohammad Najib membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan Pendakwa Syarie, Suhaili Ishak yang dikemukakan mengikut Seksyen 22 Enakmen Tatacara Jenayah Syariah Perak 2004.

Terdahulu, Suhaili dalam prosiding berkenaan memohon agar kedua-dua orang yang disiasat itu dibebaskan dengan cagaran ikat jamin oleh mahkamah bagi urusan siasatan ke atas mereka yang ditahan di sebuah rumah sekitar pukul 3.45 petang di Taman Rapat Jaya 1 di sini, semalam.

Suhaili mencadangkan jaminan RM3,000 dengan seorang penjamin bagi setiap orang yang disiasat supaya siasatan mengikut Seksyen 16 Enakmen Jenayah Syariah Perak 1992 dapat dilengkapkan.

Beliau juga memohon tarikh baharu bagi sebutan semula untuk apa-apa pertuduhan dikenakan ke atas orang yang disiasat selepas siasatan kes mereka dilengkapkan pihak berkuasa.

Sementara itu, Ibrahim yang memiliki 32 anak dan tiga isteri serta Suliaha yang merupakan pesara penjawat awam dalam rayuan memohon agar jumlah jaminan dikurangkan pada kadar yang minimum kerana tidak mempunyai pendapatan tetap.

Bagaimanapun, Suhaili berpendapat, jumlah jaminan maksimum RM3,000 adalah sesuai dan berpatutan setelah mengambil kira kepentingan awam dan kes yang tular.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI