fbpx

Pemenang Ford Mustang, Ducati dipilih cara sama?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemenang Ford Mustang dan Ducati Panigale didakwa dipilih dengan cara sama dalam majlis pada 2017.

PETALING JAYA – Keberuntungan seorang lelaki dari Johor yang memenangi cabutan bertuah sebuah kereta Ford Mustang pada satu pertandingan memancing baru-baru menjadi tanda tanya pada orang ramai.

Ketika ini, ramai yang mendakwa kemenangan cabutan bertuah tersebut adalah dirancang apabila lelaki tersebut turut dikatakan dipilih seperti pemenang sebuah motosikal berkuasa tinggi pada tahun 2017.

Sebelum ini, kisah seorang pemenang motosikal Ducati Panigale 1199 pada satu acara permotoran di Pulau Pinang turut tular

Pada tahun 2017, seorang lelaki telah memenangi cabutan bertuah Ducati itu pada satu acara permotoran, Motoday Penang 2017 turut dikatakan sebagai kroni penganjur.

Kemudian pada satu acara pertandingan memancing baru-baru ini, seorang lelaki bertuah berusia 24 tahun memenangi kereta mewah berjenama Ford Mustang yang didakwa dipilih secara sama.

Rata-rata orang ramai yang mendakwa kemenangan itu telah dirancang oleh penganjur telah mencari akaun yang ada kaitan dengan kemenangan itu nama Pakcik Kau telah dinyah aktif ketika ini.

“Tak tahu nak kata betul atau tidak, tapi kalau kita lihat pada gambar dan bukti-bukti yang ada ternyata benda ni betul.

“Malas nak tuduh tapi kalau betul telah dirancang harapnya penganjur tu bertaubatlah. Jangan cari keuntungan dengan cara macam ni,” jelas Redzuan Elias.

“Netizen sekarang sudah bijak, sekejap je orang tahu. Tambah-tambah acara ini besar. Katanya yuran untuk dapatkan nombor cabutan pun dah RM60.

“Kalau dikali dengan beribu manusia yang hadir memang untung sangat la penganjur. Orang pergi sebab letak hadiah cabutan yang mewah. Melayu cukup-cukuplah menipu,” jelas Saifullah Abdullah. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI