fbpx

Nyaris rentung kereta Peugeot terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba memadamkan kebakaran kereta itu.

SHAH ALAM – Seorang lelaki nyaris rentung apabila kereta Peugeot dipandunya terbakar di Jalan Kota Kemuning berdekatan sebuah restoran makanan segera di Taman Sri Muda, Seksyen 25 di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 malam itu, mangsa berusia 40 tahun terselamat selepas berjaya keluar dari kenderaan tersebut.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, kejadian itu disedari pasukan kenderaan utiliti bomba yang kebetulan sedang membuat rondaan banjir di kawasan berkenaan.

Katanya, pasukan itu kemudian segera bertindak memaklumkannya kepada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam untuk tindakan lanjut.

“Operasi itu disertai sepasukan enam pegawai dan anggota bersama sebuah jentera yang tiba pada pukul 11.39 malam.

“Pemeriksaan lanjut mendapati api masih marak dan pemandunya sudah keluar dari kereta tersebut,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Jelas Norazam, kereta berkenaan terbakar kira-kira 50 peratus dan api berjaya dipadamkan sepenuhnya dalan tempoh 15 minit manakala punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI