fbpx

Manusia akan buta jika mengembara ke planet lain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Manusia berkemungkinan buta jika mereka berhijrah ke planet lain. - Healthline

RALEIGH, CAROLINA UTARA –  Sekumpulan penyelidik mendapati manusia boleh menjadi buta dengan cepat sekiranya mereka mengembara ke planet lain, lapor akhbar Daily Star semalam.

Menurut laporan pakar-pakar sebelum ini, semakin ramai angkasawan yang pulang  ke Bumi mengadu mereka memerlukan kacamata untuk melihat.

Penyelidik kini menyiasat kesan daya graviti terhadap penglihatan dan bimbang penghijrahan manusia ke angkasa lepas akan menjadikan penglihatan mereka kabur.

Saintis-saintis mengkaji keadaan itu yang dinamakan Sindrom Neuro-Okular Berkaitan Penerokaan Angkasa Lepas (SANS),  dengan membandingkan imbasan otak sebelum dan selepas misi ke angkasa lepas.

Saintis-saintis tersebut mendakwa, semakin lama angkasawan berada di angkasa, semakin banyak mereka mengadu tentang masalah penglihatan yang kabur sekembalinya ke Bumi.

“Angkasawan telah membawa bersama cermin mata tambahan apabila mereka pergi ke angkasa lepas.

“Hal ini kerana mereka tahu bahawa penglihatan mereka akan merosot ketika berada di angkasa lepas dan memanggilnya sebagai ‘cermin mata jangkaan angkasa,” kata seorang  penyelidik berkenaan dari Universiti Perubatan Carolina Utara, Mark Rosenberg. 

Bekas Ketua Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) sebelum ini berkata bahawa Marikh boleh didiami manusia dengan memasang medan magnet di sekeliling Planet Merah itu. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI