fbpx

Malaysia-Singapura nilai risiko sebelum teruskan VTL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

ISKANDAR PUTERI – Keputusan untuk meneruskan skim Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) pada 21 Januari ini akan diumumkan selepas penilaian risiko Covid-19 kedua-dua negara diperolehi.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, penangguhan VTL ketika ini disebabkan kebimbangan ancaman varian baharu Omicron.

Menurutnya, setakat ini, 37,783 individu sudah menggunakan kemudahan VTL udara sejak 29 November tahun lepas untuk memasuk negara ini.

“Singapura memutuskan untuk tidak meluluskan permohonan baharu VTL selepas 21 Disember ekoran kebimbangan terhadap Omicron.

“Penangguhan ketika ini bukan kepada inisiatif VTL sebaliknya untuk permohonan baharu keluar masuk,”katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Meraikan Pencapaian Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) di Gelang Patah di sini hari ini.

Terdahulu, pada 30 Disember lalu, Ka Siong memberitahu, keputusan sama ada VTL disambung atau sebaliknya hanya dibuat dalam tempoh 48 Jam sebelum disambung semula 21 Januari ini.

Jelasnya, jika VTL disambung, berkemungkinan jualan tiket dikurangkan kepada 50 peratus daripada jumlah sedia ada.

Pada 22 Disember tahun lalu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memberitahu, kerajaan memutuskan untuk menggantung sementara penjualan tiket bas dan penerbangan bagi VTL Malaysia dan Singapura bermula esok hingga 20 Januari 2022.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI