fbpx

Lelaki jerut leher wanita guna tali kasut di perhentian bas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek (gambar kecil) menjerut leher wanita berkenaan secara tiba-tiba sebelum mangsa diselamatkan seorang lelaki berbaju biru. – Jabatan Polis Miami-Dade

MIAMI, FLORIDA – Seorang lelaki didakwa atas kesalahan cubaan membunuh selepas menjerut leher seorang wanita menggunakan tali kasut di sebuah perhentian bas di Florida, Amerika Syarikat, lapor laman berita Wion News semalam.

Berdasarkan rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV), suspek yang dikenal pasti sebagai Aaron K. Quinones, pada awalnya dilihat berpura-pura membetulkan tali kasutnya di belakang seorang wanita yang sedang menunggu bas.

Dia secara tiba-tiba mencabut tali kasutnya dan menjerut leher wanita berkenaan dari arah belakang.

Mangsa kemudiannya cuba menyelamatkan diri sambil diserang lelaki itu yang turut menumbuknya secara bertubi-tubi.

“Seorang lelaki lain kemudian tampil untuk menyelamatkan mangsa sebelum suspek bertindak melarikan diri.

“Suspek telah ditahan dan didakwa atas kesalahannya,” demikian menurut kenyataan polis.

Siasatan bagi kes tersebut dilaporkan masih berlangsung. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI