fbpx

Kalau tiada polis saya ‘lep’ rapat tadi -MB Kedah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar klip video yang memaparkan aksi Sanusi menunggang sebuah motosikal sambil diiringi polis trafik ke pejabatnya semalam.

PETALING JAYA – Aksi Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor menunggang motosikal ke pejabatnya semalam mencuri tumpuan pengguna di laman sosial.

Menerusi perkongsian di laman Facebooknya, Sanusi telah memuat naik satu klip video yang memaparkan dia sedang menunggang sebuah skuter jenis Yamaha Xmax sambil diiringi polis trafik menuju ke pejabatnya.

Menariknya pada hantaran itu, beliau turut meninggalkan satu kapsyen yang telah mengundang pelbagai reaksi dari pengguna laman sosial.

“Kalau takdak polis tadi nak ‘lep’ (corner) rapat dah tadi,” tulis Sanusi pada hantarannya.

Susulan perkongsian itu, rata-rata pengguna telah meninggalkan pelbagai reaksi di ruangan komen antaranya seperti komen yang ditinggalkan Fazilah Rashid.

“Terbaik Datuk Seri MB, secara tak langsung dapat memahami situasi rakyat yang berulang alik pergi kerja menaiki motor dan rakyat yang selalu guna kenderaan untuk urusan keluarga dengan menaiki motor,” tulisnya.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Ezam Naim.

“Terbaik MB, potong tang kona tu, macam ni lah penduduk Kedah nak,”ujarnya.

“Terbaik MB kita. Boleh atoq (atur) ride (konvoi) sama-sama nanti,” komen Syazwan Azizan pada hantaran Sanusi.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI