fbpx

Imigresen gempur aktiviti pelacuran warga Afrika

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pegawai JIM bertanyakan sesuatu kepada wanita warga Afrika yang ditahan di ibu negara malam tadi. - Foto oleh FAISOL MUSTAFA

KUALA LUMPUR- Licik, sukar dikesan, berpindah randah dan eksklusif hanya untuk pelanggan tetap sahaja. Itu modus operandi sindiket pelacuran warga Afrika yang dikesan beroperasi di sekitar Lembah Klang sejak lebih setahun yang lalu.

Bagaimanapun, sindiket yang beroperasi di kondominium mewah dan pangsapuri servis itu akhirnya berjaya dilumpuhkan hasil risikan dan penyamaran anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) malam tadi.

Dalam serbuan pukul 11 malam di sebuah pangsapuri servis di Bukit Bintang itu, enam wanita masing-masing empat warga Tanzania dan dua warga Uganda berusia lingkungan 20-an berjaya ditahan.

Serbuan sama turut menahan empat pelanggan masing-masing tiga lelaki warga Afrika dan seorang warga tempatan berusia lingkungan 30-an.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata, beliau akui tangkapan kali ini adalah unik kerana belum pernah ada lagi tangkapan membabitkan pelacur warga Afrika sebelum ini.

“Sepanjang tiga tahun saya menjadi Ketua Pengarah Imigresen, ini kali pertama
warga Afrika dikesan terbabit dalam aktiviti pelacuran dan kebiasaannya mereka banyak terlibat dalam aktiviti penipuan (scam).

“Siasatan awal mendapati, lima daripada mereka memiliki pas belajar yang sah manakala seorang lagi menggunakan pas lawatan sosial,” katanya pada sidang akhbar selepas serbuan malam tadi.

Katanya, mereka dikesan mula beroperasi sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu dan menawarkan bayaran antara RM500 hingga RM600 satu malam selain mampu meraih sehingga RM7,000 sebulan.

Menurutnya, modus operandi sama seperti sindiket pelacuran lain iaitu menggunakan aplikasi WeChat bagi mencari pelanggan dan mereka hanya menawarkan khidmat seks kepada pelanggan tetap sahaja.

“Bagi melanggan khidmat seks mereka, pelanggan terlebih dahulu perlu meyakinkan mereka supaya tidak membocorkan aktiviti itu sebelum boleh bergelar pelanggan tetap dan eksklusif,” katanya.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 15/1 (c) Akta Imigresen 1963 dan semuanya yang ditahan direman selama 14 hari untuk siasatan sebelum ditempatkan di depoh tahanan untuk dihantar pulang ke negara asal.

Jelasnya lagi, pihaknya percaya masih ada saki baki sindiket yang masih bebas dan siasatan lanjut akan diteruskan.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI