fbpx

City sedia turunkan pasukan simpanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAHREZ (tengah) terlepas aksi pusingan ketiga Piala FA bersama City kerana mewakili Algeria untuk saingan AFCON ketika ini. – AFP

MANCHESTER – Pengurus Manchester City, Pep Guardiola dijangka menurunkan skuad simpanan menghadapi aksi pu­singan ketiga Piala FA menentang kelab tidak ternama, Swindon Town di Stadium County Ground awal pagi esok.

Difahamkan, Guardiola mahu merehatkan kebanyakan pemain utamanya sebagai persediaan sebelum bertemu juara Eropah yang juga pencabar utama musim ini, Chelsea untuk aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Etihad pada Sabtu depan.

Kemenangan ke atas Chelsea minggu depan bakal memberikan gambaran jelas terhadap peluang The Citizens untuk mempertahankan kejuaraan EPL musim lalu memandangkan mereka ketika ini selesa merajui carta liga dengan kelebihan 10 mata.

Bagaimanapun, bekas pemain City, Richard Dunne memberikan amaran kepada Guardiola supaya tidak memandang rendah kemampuan Swindon meskipun lawan itu hanya beraksi di Liga Dua England iaitu saingan divi­syen keempat di England.

“Piala FA sentiasa mempunyai magisnya yang tersendiri. Anda jangan sesekali memandang rendah kepada pasukan bawahan kerana sudah banyak contoh yang kita dapat lihat dalam setiap edisi pertandingan.

“Kelab-kelab seperti ini menganggap pertemuan dengan pasukan EPL seperti satu perlawanan final kerana ia adalah aksi terbesar buat mereka. Ia akan menjadi sejarah hebat jika mereka berjaya menang.

“Atas kertas, jurang antara City dengan Swindon terlalu ketara tetapi setiap perlawanan amat penting dan saya harap mereka memandang serius saingan Piala FA ini,” katanya.

Hanya satu nama hampir pasti terlepas aksi City bertemu Swindon awal pagi esok iaitu pemain sayap, Riyad Mahrez yang kini bersama Algeria untuk saingan Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) hingga hujung bulan ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI