fbpx

Banjir : Pekebun durian korban pertama di Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba mengangkat mayat warga emas yang ditemui mati lemas di Serakek, Buluh Kasap, Segamat hari ini.

SEGAMAT – Seorang warga emas ditemui mati lemas selepas motosikal yang ditunggang hanyut di bawa arus deras dalam kejadian di Serakek, Buloh Kasap di sini hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Segamat, Penolong Penguasa Bomba (PPgB) Muhd Hazim Abdul Razak berkata, penunggang motosikal yang juga pekebun terbabit dikenali sebagai Gan Ai Boon, 63.

Katanya, pihak BBP Bandar Segamat menerima panggilan pada pukul 4.49 petang memaklumkan mangsa tidak pulang dari kediamannya sejak semalam oleh polis di Balai Polis Buloh Kasap.

“Kejadian dipercayai berlaku apabila mangsa yang menaiki motosikal menghala ke kebun duriannya di sekitar lokasi kejadian.

“Mangsa kemudiannya cuba menyeberangi arus air deras di atas jalan.

“Disebabkan arus terlalu deras, mangsa tidak dapat mengawal motosikalnya lalu dihanyutkan sehingga ke dalam sungai yang berhampiran,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Muhd Hazim, mayat mangsa ditemui kira-kira pukul 5.15 petang tadi pada jarak 50 meter daripada lokasi mangsa dipercayai dihanyutkan arus deras. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI