fbpx

Banjir Johor: 4 daerah masih terjejas libatkan 4,496 mangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua penduduk mendayung sampan dihadapan rumahnya yang dilanda banjir di Kampung Chodan, Segamat, Johor. - Foto oleh RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Seramai 4,496 mangsa banjir masih ditempatkan di 62 pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka di empat buah daerah di negeri ini setakat pukul 8 pagi, hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R. Vidyananthan berkata, jumlah itu melibatkan sebanyak 1,242 buah keluarga.

Katanya, empat daerah yang masih terjejas adalah Segamat, Muar, Tangkak dan Batu Pahat manakala daerah lain telah kembali pulih.

“Segamat masih merekodkan jumlah mangsa banjir tertinggi di negeri ini iaitu seramai 2,479 mangsa, diikuti Muar (1,058 mangsa), Tangkak (905 mangsa) dan Batu Pahat (54 mangsa).

“Ramalan kaji cuaca daripada Jabatan Meteorologi Malaysia menunjukkan tiada amaran ribut petir di seluruh negara termasuk Johor hari ini manakala cuaca diramalkan cerah sepanjang hari,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Namun demikian katanya, masih terdapat lima sungai di negeri ini yang menunjukkan tanda aras bahaya dengan trend menurun antaranya Sungai Muar dan Sungai Gemas.

“Ketika ini, masih terdapat 28 laluan yang terputus hubungan di seluruh negeri dan kita berharap rakyat akan terus mengambil langkah berhati-hati bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini daripada berlaku.

“Orang ramai juga diingatkan agar sentiasa berhati-hati dan tidak bermain di kawasan banjir selain terus mematuhi prosedur operasi standard ditetapkan dalam norma baharu,” jelasnya lanjut.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI