fbpx

Bad & Crazy, gabungan si ‘gila’, jahat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CETUSAN kimia. Lee Dong-wook dan Wi Ha-joon mengakui tidak sukar untuk mereka mencipta keserasian sejak hari pertama penggambaran.

PERTAMA kali dipertemukan dalam naskhah berjudul Bad and Crazy, pelakon terkenal Korea Selatan, Lee Dong-wook memuji gandingannya Wi Ha-joon yang sebelum ini popular menerusi drama popular Squid Game.

Menurut Dong-wook, keserasian antaranya dan Ha-joon terserlah pada hari pertama mereka bertemu. Malah, dia cukup kagum dengan disiplin dan persediaan yang dilakukan oleh Ha-joon setiap kali sebelum memasuki set penggambaran.

“Ha-joon seorang pelakon yang sentiasa bersedia setiap kali muncul di set penggambaran. Saya sendiri tertanya-tanya, bagaimana dia mampu menjadi watak K, lelaki yang gila-gila sejak hari pertama penggambaran lagi.

“Sikapnya yang sentiasa bersedia secara tidak langsung memberi saya semangat untuk berlakon dengan baik juga. Kami juga selalu bertukar-tukar pendapat sepanjang penggambaran berlangsung,” ujar Dong-wook pada sidang akhbar peringkat global drama Bad and Crazy baru-baru ini.

Selain itu, Dong-wook juga menyifatkan Ha-joon antara pelakon aksi terbaik yang pernah bergandingan dengannya. Hal ini kerana, drama arahan Yoo Sun-dong tersebut melibatkan banyak adegan aksi yang mencabar kekuatan fizikal barisan pelakon.

“Saya tidak melakukan sebarang persediaan seperti mana pelakon lain yang mengikuti kelas aksi. Sebaliknya saya berperang dengan kepenatan untuk melakonkan babak-babak aksi.

“Saya menyerahkan seluruh kepercayaan kepada pengarah dan tenaga produksi setiap kali berlakon babak aksi. Tidak seperti Ha-joon, bagi saya dia seorang pelakon aksi Korea Selatan terbaik.

“Dia memahami selok-belok penggambaran babak aksi dengan cukup mendalam seolah-olah sudah biasa melakukannya,” kongsi Dong-wook yang membawa watak Ryu Su-Yeol, seorang anggota polis bercita-cita tinggi.

Idam anugerah

Sementara itu, Ha-joon yang membawa watak K, seorang anggota polis yang gila-gila dan sering melanggar peraturan demi menegakkan keadilan menjelaskan keakraban yang ditonjolkan dalam drama berkenaan tidak dibuat-buat.

Sebaliknya, mereka sememangnya bersahabat baik di luar set penggambaran. Justeru Ha-joon memasang impian untuk dia dan Dong-wook memenangi anugerah

Pasangan Terbaik pada Baeksang Arts Awards.

“Pada awalnya watak saya kami memang tidak sehaluan. Namun, lama-kelamaan kami menjadi sahabat baik yang sama-sama mahu memperjuangkan keadilan dan keamanan.

“Impian saya adalah untuk kami memenangi trofi Pasangan Terbaik pada Baeksang Arts Awards. Kami begitu serasi dan keakraban yang dipersembahkan dalam drama tersebut tidak dibuat-buat,” ujar Ha-joon.

Bercakap tentang watak K, cabaran utama yang dihadapi oleh Ha-joon adalah berperang dengan suhu panas melampau sepanjang penggambaran berlangsung.

“Saya perlu berlawan dengan memakai topi keledar dan jaket kulit dalam pertengahan musim panas.

“Namun, demi memberi yang terbaik dan itulah watak K, saya cuba beri yang terbaik. Diharap penonton akan terhibur dengan lakonan saya,” tutur Ha-joon.

Saat ditebak adegan yang paling tidak dilupakannya, sambil ketawa Ha-joon menjelaskan, ketika babak memecut motosikal.

“Berbanding adegan aksi, babak memecut motosikal yang merupakan adegan kejar-mengejar dengan penjenayah paling saya tidak boleh lupakan,” kata Ha-joon yang melakukan sendiri kebanyakan babak aksi.

Bad and Crazy mengisahkan seorang inspektor polis (Lee Dong- wook) yang bercita-cita tinggi, manakala Wi Ha-joon pula membawa watak K iaitu seorang pemuda yang gila-gila tetapi berpegang kepada etika dan berani untuk menegakkan kebenaran.

Drama tersebut menemui penonton setiap Jumaat dan Sabtu menerusi laman penstriman popular, iQiyi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI