PUTRAJAYA – Sebanyak 56 kes penyakit berjangkit dikesan dalam kalangan mangsa banjir hari ini, dengan jumlah kumulatif sebanyak 2,359 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada 56 kes tersebut, sebanyak 33 kes jangkitan saluran pernafasan akut, sembilan kes penyakit kulit dan 14 kes acute gastroenteritis.
“Dalam masa sama, jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 dalam kalangan mangsa banjir kekal 465 kes susulan tiada kes baharu hari ini serta tiada kes baharu dicatatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dan jumlah itu kekal 15 kes.
“Selain itu, tiada pertambahan kluster baharu di PPS sekali gus kekal dengan satu kluster,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. -K! ONLINE