fbpx

40 peratus Palapes lapor diri di unit Askar Wataniah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zamrose (kiri) memakaikan pangkat Leftenan Muda pada Majlis Lafaz Pengisytiharan Pentauliahan dan Pemakaian Pangkat Pegawai Kadet Palapes Darat Universiti Awam Ke-39, di UTM, Skudai, Johor, hari ini.

JOHOR BAHRU – Kira-kira 40 peratus Pegawai Kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) Darat yang telah mendaftar diri untuk berkhidmat dengan Rejimen Askar Wataniah mengikut zon masing-masing selepas ditauliahkan sebagai Pegawai Muda.

Panglima Tentera Darat, Tan Sri Zamrose Mohd. Zain berkata, pihaknya berharap lebih ramai pegawai kadet Palapes universiti awam itu dapat berbuat demikian secara sukarela.

Katanya, Palapes merupakan satu inisiatif dilaksanakan kerajaan bertujuan untuk melahirkan golongan belia yang berkelayakan dan mempunyai semangat patriotik.

“Apabila mereka (Palapes) tamat tauliah mereka tidak dimestikan untuk masuk tentera, mereka boleh pilih kerjaya masing-masing tetapi kita mohon mereka lapor diri ke Rejimen Askar Wataniah walau kerja di mana sahaja.

“Ketika ini, untuk rekod hanya lebih kurang 40 peratus sahaja yang melaporkan diri ke unit Askar Wataniah kawasan masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar yang diadakan selepas menyempurnakan Majlis Lafaz Pengisytiharan Pentauliahan dan Pemakaian Pangkat Pegawai Kadet Palapes Darat Universiti Awam Ke-39 di Universiti Teknologi Malaysia, di sini hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI