fbpx

4 terbunuh, 20 cedera diserang piranha

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang mangsa lelaki berusia 22 tahun (kiri) cedera parah pada bahagian wajah akibat dilapah piranha. - CEN

ASUNCION, PARAGUAY – Empat orang pengunjung sebuah pantai di Paraguay terbunuh manakala 20 yang lain cedera dengan mereka dipercayai diserang oleh ikan piranha, lapor akhbar Daily Star semalam.

Salah seorang daripada mangsa yang terkorban merupakan seorang pemuda berusia 22 tahun. Mangsa  dilaporkan hilang daripada ahli keluarganya ketika berada di kawasan pantai tersebut.

Keluarga mangsa kemudian menghubungi polis dan selepas pencarian selama 45 minit dilakukan, mayat lelaki tersebut ditemui dengan banyak kesan luka akibat serangan ikan pemangsa ganas itu.

Kejadian tersebut berlaku ketika mangsa sedang berenang di Sungai Paraguay, Itá Enramada yang terletak di selatan ibu negara, Asuncion pada 2 Januari lalu.

Pemeriksaan forensik mengesahkan mangsa diserang oleh ikan piranha itu yang menyasarkan wajahnya ketika berada di dalam air.

Adalah di luar kebiasaan untuk piranha bertindak begitu agresif tetapi terdapat banyak serangan di rantau berkenaan.

Seorang lelaki berumur 29 tahun turut maut di sungai Paraguay tersebut yang terletak berhampiran bandar Puerto Rosario. Mayat mangsa ditemui dengan kesan-kesan luka selepas dia dilaporkan hilang. 

Dua yang lain terbunuh di Sungai Tebicuary di Misiones, manakala mayat mereka terdapat kesan gigitan ikan piranha, demikian lapor akhbar La Nacion.

Menurut seorang ahli biologi tempatan, Julio Javier Capli, ikan piranha boleh bersembunyi di sebalik tumbuh-tumbuhan terapung di dalam sungai sebelum menyerang manusia. 

Dia juga menambah bahawa ikan piranha berkemungkinan besar menyerang ketika musim mengawan dan juga cuaca panas apabila paras air sungai adalah rendah. 

Piranha biasanya bergerak secara berkumpulan dan piranha jantan biasanya menyerang untuk melindungi anak-anaknya ketika sasarannya sedang berada di dalam air. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI