fbpx

3,381 kes Covid-19 hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Jangkitan harian Covid-19 menurun sedikit berbanding semalam dengan 3,381 kes hari ini, menjadikan jumlah kumulatif di seluruh negara sebanyak 2,780,080 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor mencatatkan angka tertinggi dengan 879 kes, diikuti oleh Kelantan (385 kes) dan Johor (299 kes).

“Negeri-negeri lain ialah Kuala Lumpur (271 kes), Sabah (242 kes), Pahang (226 kes), Pulau Pinang (219 kes), Kedah (216 kes), Negeri Sembilan (172 kes), Perak (161 kes) dan Melaka (141 kes).

“Selebihnya, Terengganu (94 kes), Putrajaya (30 kes), Sarawak (18 kes), Perlis (14 kes) dan Labuan (14 kes),” katanya menerusi satu ciapan di laman Twitter hari ini.

Berdasarkan situasi Covid-19 semalam, angka jangkitan mencatatkan sebanyak 3,543 kes. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI