GEORGE TOWN – Sebanyak 30 buah bas yang diletakkan di tepi jalan berdekatan sebuah pasar raya besar di Bayan Baru di sini diberikan notis dalam pemeriksaan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang kelmarin.
JPJ negeri dalam satu kenyataan berkata, Unit Operasi telah mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap kenderaan perkhidmatan awam, bas pekerja dan bas persiaran yang meletakkan kenderaan di tempat tidak dibenarkan selepas pihaknya menerima aduan awam.
“Tindakan segelintir pemandu yang meletak kenderaan di tempat tidak dibenarkan boleh menyebabkan gangguan lalu lintas kepada pengguna jalan raya yang lain.
“Sebanyak 30 buah kenderaan telah dikenakan notis mengikut Seksyen 115(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – K! ONLINE