fbpx

Waspada modus operandi baharu Macau Scam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Orang ramai dinasihatkan untuk lebih berhati-hati dengan modus operandi baharu penipuan Macau Scam yang didapati kerap mengubah taktik bagi memperdaya mangsa.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Datuk Mohd. Kamarudin Md. Din berkata, sindiket berkenaan yang dikenal pasti turut melibatkan rangkaian di luar negara menyukarkan tindakan pembanterasan dilaksanakan secara menyeluruh.

“Berdasarkan rekod, sepanjang tahun 2021, sejumlah 1,585 kes Macau Scam telah disiasat melibatkan kerugian berjumlah RM560,886,377.14.

“Seramai 9,646 individu juga telah ditahan kerana disyaki terlibat dengan kegiatan ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, melalui pemantauan, sindiket itu dikesan kerap mengubah modus operandi bagi memperdaya mangsa antaranya ialah mangsa akan menerima panggilan telefon daripada individu yang menyamar sebagai pegawai dari agensi penguatkuasa seperti polis, mahkamah, Bank Negara dan sebagainya.

“Mangsa akan dimaklumkan bahawa akaun bank mereka sedang disiasat dan wang mereka akan dibekukan atau hilang. Bagi mengelakkan perkara ini, mangsa akan diminta untuk membuka akaun bank baharu dan mengaktifkan kemudahan perbankan dalam talian dengan mendaftarkan nombor telefon yang diberikan pihak sindiket.

“Setelah mengikut semua arahan yang diberikan, mangsa akan mendapati wang di dalam akaun mereka berkurangan,” jelasnya.

Selain itu katanya, sindiket itu juga akan membuat panggilan telefon kepada mangsa dan memaklumkan bahawa mereka layak menerima insentif atau bantuan daripada pihak kerajaan sebelum meminta ID dan kata laluan perbankan dalam talian mangsa.

“Kononnya ia untuk memudahkan proses pembayaran bantuan tersebut, namun selepas ID dan kata laluan diberikan, mangsa mendapati wang dalam akaun mereka berkurangan,” tambahnya.

Justeru itu katanya, adalah ditegaskan bahawa sebarang maklumat perbankan seperti ID, kata laluan dan nombor telefon adalah data yang amat penting dan sulit.

“Maklumat ini sama sekali tidak boleh dimaklumkan kepada orang lain khususnya individu yang tidak dikenali.

“Pihak polis juga tidak pernah meminta maklumat sebegini dalam menjalankan siasatan,” ujarnya.

Katanya, dalam usaha untuk membanteras kes-kes sebegini, pihak polis menyeru orang ramai untuk sentiasa berwaspada dan peka dengan modus operandi yang digunakan oleh penjenayah dan berhubung terus dengan polis melalui CCID Scam Response Center di talian 03-26101559/1599 jika terdapat sebarang kemusykilan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI