fbpx

Setahun kontroversi, AOA kembali rancak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KUMPULAN AOA

MUNGKIN ramai tahu bahawa kumpulan AOA pernah terpalit dengan kontroversi buli pada tahun lalu, susulan pendedahan bekas ahlinya iaitu Kwon Mi-na.

Bagaimanapun, baru-baru ini, kesemua anggota lain kumpulan itu dilihat sudah kembali meneruskan aktiviti seni, melainkan Ji-min yang memilih untuk menjauhkan diri dari perhatian ramai selepas mengundurkan diri.

Selain Ji-min, Yuna turut memilih jalan sama apabila nekad tidak menyambung kontrak dengan agensi naungan AOA, FNC Entertainment.

Terbaharu, akaun rasmi Instagram AOA dilihat memuat naik hantaran buat pertama kali selepas lebih setahun tidak aktif.

Ketika itu, mereka memuat naik InstaStory bagi mengucapkan selamat hari jadi buat Seol-hyun.

Terdahulu, muat naik terakhir akaun tersebut adalah pada Januari 2020 dengan berkongsi sebuah video memaparkan suasana semasa latihan tarian untuk lagu mereka berjudul Sorry.

Rata-rata pengikut meramalkan AOA bakal kembali aktif pada tahun ini sekali gus mengubat rindu para peminat mereka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI