fbpx

Sembilan sungai di empat negeri catat paras bahaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota Bomba Balai Rantau Panjang meninjau paras air Sungai Golok yang mula melepasi tahap amaran baru-baru ini . FOTO IHSAN BOMBA

PETALING – Sebanyak sembilan sungai di Pahang, Selangor, Johor dan Melaka merekodkan paras air melebihi tahap bahaya pada pukul 7.30 pagi ini.

Bagaimanapun sebanyak tujuh sungai terbabit menunjukkan trend paras air menurun, manakala cuma Sungai Muar di Liang Batu, Muar, Johor menunjukkan trend menaik.

Menurut portal Info Banjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), paras air Sungai Pahang di Jam, Sungai Bera, Bera pada 26.73 meter telah melebihi tahap bahaya sebanyak 0.73 meter, namun dengan trend tiada perubahan.

Manakala paras air Sungai Pahang di Jam, Padang Gudang, Bera pula direkodkan pada 31.3 meter melebihi tahap bahaya sebanyak 0.8 meter dengan trend menurun.

Bagi Sungai Pahang di Kuala Sungai Chini pada 16.55 meter telah melebihi tahap bahaya sebanyak 1.65 meter juga dengan trend menurun.

“Paras air Sungai Bernam di Rimba KDR, Sabak Bernam di Selangor telah melebihi tahap bahaya 2.95 meter sebanyak 0.65 meter dengan trend menurun.

“Paras air Sungai Muar di Liang Batu, Muar pada 2.42 meter telah melebihi tahap bahaya sebanyak 0.29 meter dengan trend menaik,” kata portal berkenaan.

Portal Info Banjir JPS seterusnya menyatakan paras air Sungai Muar di Panchor, Muar pada 2.15 meter telah melebihi tahap bahaya sebanyak 0.02 meter.

Begitu juga dengan Sungai Pagoh Kampung Olak Sepam, Muar pada 2.96 meter yang telah melebihi tahap bahaya 0.61 meter.

Bagi Sungai Muar di Kampung Awat, Segamat pada 20.06 meter melebihi tahap bahaya sebanyak 0.11 meter, namun ketiga-tiga sungai berkenaan menunjukkan trend menurun.

“Paras air Sungai Melaka di Batu Hampar, Melaka Tengah pada 2.14 meter telah melebihi tahap bahaya sebanyak 0.14 meter dengan trend menurun,” tambah portal itu. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI