fbpx

Scarlett Johansson rugi RM2.5 bilion kerana cetak rompak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelakon Amerika Syarikat, Scarlett Johansson menghadiri Anugerah Cinematheque Tahunan Amerika ke-35, di Hotel Beverly Hilton di Beverly Hills, California pada 18 November 2021. - AFP

NEW YORK – Aktres Amerika Syarikat, Scarlett Johansson rugi besar  apabila filem lakonannya, Black Widow hilang pendapatan berjumlah AS$600 juta (RM2.5 bilion) pada tahun lalu akibat masalah cetak rompak, lapor laman berita Wionews.

Filem Marvel Cinematic Universe (MCU) fasa empat itu bermula dengan garang, namun pelaksanaan sekatan berkaitan Covid-19 dan isu cetak rompak telah menjadikan kutipannya sederhana sahaja.

Malah, perbalahan yang berlaku antara Johansson dengan studio Disney menjadi berita apabila Black Widow boleh ditonton secara penstriman pada masa yang sama ia ditayangkan di pawagam.

Disney kemudiannya menyatakan, krisis Covid-19 yang berlanjutan telah menyebabkan pihaknya menerbitkan filem itu  dalam model hibrid, manakala Johansson mendakwa kaedah tersebut telah mengurangkan keuntungannya.

Laporan baharu menyatakan bahawa Disney menerima akibatnya selepas meletakkan Black Widow di platform Disney+ kerana tindakan tersebut  memudahkan kerja lanun cetak rompak.

Beberapa laman web cetak rompak kemudian menjadikan filem itu tersedia dalam pelbagai alih bahasa. 

Setakat Ogos tahun lalu, filem itu telah dicetak rompak lebih daripada 20 juta kali. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI