fbpx

“Saya telah ambil suntikan vaksin” – KJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar temu janji pemberian vaksin Khairy Jamaludin.

PETALING JAYA – Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menafikan dakwaan beliau belum mengambil suntikan vaksin seperti yang ditularkan di media sosial sejak semalam.

Beliau sebaliknya menegaskan telah menerima mendapat suntikan dos pertama vaksin CoronaVac pada 18 Mac 2021, malah merupakan individu pertama di Malaysia menerima vaksin keluaran Sinovac tersebut.

Khairy Jamaluddin berkata, beliau mendapatkan suntikan dos kedua pada 8 April 2021 dan menerima suntikan dos penggalak vaksin Comirnaty keluaran Pfizer pada September lalu sebelum berlepas ke Himeji, Jepun bagi Mesyuarat Jawatankuasa Rantau Pasifik Barat Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WPRCM) Ke-72.

“Sejak semalam telah tular tangkap layar (screenshot) palsu mengenai butiran peribadi dan status vaksinasi COVID-19 saya yang disemak melalui laman sesawang https://www.vaksincovid.gov.my/semak-status/.

“Dalam tangkap layar itu, status janji temu saya dinyatakan sebagai ‘sedang diproses’ sementara butiran lain seperti lokasi pusat vaksin, tarikh dan masa janji temu tidak dinyatakan.

“Untuk makluman laman sesawang tersebut diwujudkan pada peringkat awal pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) bagi memudahkan urusan semakan kepada orang awam.

“Bagaimanapun selepas kadar vaksinasi populasi dewasa mencapai 90 peratus pada Oktober 2021, laman sesawang tersebut tidak lagi aktif atau dikemas kini,” jelasnya dalam satu hantaran di akaun Facebook beliau hari ini.

Khairy Jamaluddin berkata, pengambilan dos pertama beliau turut disiarkan secara langsung di saluran televisyen dan beliau menunjukkan paparan MySejahtera selepas menerima vaksin tersebut.

Justeru, katanya, beliau menafikan maklumat yang dipaparkan dalam tangkap layar yang tular tersebut dan meminta orang ramai tidak terpengaruh dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab untuk menidakkan usaha vaksinasi negara. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI