fbpx

Rumah Merah Jalan Silang diserbu JIM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara individu yang ditahan ketika serbuan berkenaan semalam.

PUTRAJAYA – Seramai lima pelacur dan dua lelaki warga asing dalam satu serbuan di sebuah premis yang dikenali Rumah Merah di Jalan Silang, Kuala Lumpur semalam.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata, serbuan pukul 3.30 petang dilakukan Unit QRT Bahagian Operasi, Siasatan dan Pendakwaan Ibu Pejabat Imigresen dengan kekuatan seramai 10 orang Pegawai Imigresen melibatkan pemeriksaan 11 individu yang terdiri daripada warga asing dan warga tempatan.

Katanya, semasa serbuan, terdapat cubaan melarikan diri oleh wanita dan pelanggan namun tidak berjaya kerana premis ini telah dikepong.

“Penjaga premis mengambil tindakan dengan mengunci pintu dari dalam bagi menyekat serbuan masuk dan tidak memberi kerjasama untuk membuka pintu hingga menyebabkan dinding premis terpaksa dipecahkan selepas cubaan untuk membuka dan mengumpil pintu besi yang dikunci dari dalam tidak berjaya.

“Seramai 11 orang individu termasuk empat warga tempatan telah diperiksa di dalam premis ini di mana tujuh wanita menyorok di dalam bilik rahsia, tiga orang pelanggan menyorok di laluan rahsia dan penjaga premis menyorok di dalam tangki air,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Khairul Dzaimee berkata, susulan pemeriksaan, pihaknya menahan seramai tujuh orang warga asing yang terdiri daripada tiga wanita warga Indonesia, dua wanita warga India, seorang lelaki warga Nepal penjaga premis dan seorang lelaki warga Myanmar yang merupakan pelanggan di premis tersebut.

Katanya, pemeriksaan lanjut mendapati premis ini telah dibuahsuai secara haram dengan binaan bilik-bilik untuk melayan pelanggan dan juga laluan rahsia manakala keadaan premis agak suram dengan penggunaan pencahayaan berwarna merah dan persekitaran dalam premis yang berbau serta kotor.

“Siasatan awal mendapati premis pelacuran ini beroperasi dari pukul 9 pagi sehingga 9 malam dengan bayaran di antara RM30 hingga RM60 sekali langganan.

“Malah, akuan lisan dari salah seorang pekerja wanita menyatakan setiap pekerja wanita menerima 10 sehingga 12 orang pelanggan sehari dan lebih ramai pelanggan pada hujung minggu.

“Setiap pekerja wanita juga dikenakan bayaran yuran sebanyak RM25 sehari untuk bilik, kondom, tisu dan pelincir. Bayaran ini perlu dijelaskan kepada penjaga premis setelah tamat waktu bekerja,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI