PETALING JAYA – Beberapa kawasan di Perak, Sarawak dan Sabah diramal mengalami ribut petir, hujan lebat dan angin kencang malam ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berkata, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di Kinta dan Hilir Perak.
“Sarawak di Betong (Saratok), Sarikei (Pakan dan Julau), Sibu (Kanowit) dan Limbang.
“Sabah di Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Tawau (Lahad Datu) dan Kudat (Kota Marudu),” kata MetMalaysia di Facebook.
Menurut MetMalaysia, amaran itu dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
Jelas MetMalaysia, amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – K! ONLINE