fbpx

Penyertaan Djokovic di Terbuka Australia cetus kontroversi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DJOKOVIC

MELBOURNE – Pengarah Kejohanan Terbuka Australia, Craig Tiley menafikan Novak Djokovic diberikan layanan ‘istimewa’ berikutan kebenaran untuk menyertai Terbuka Australia pada 17 Januari ini nanti.

Kelmarin, pemain nombor satu dunia, Djokovic mengesahkan akan mempertahankan kejuaraan Terbuka Australia selepas mendapat pengecualian kesihatan untuk beraksi.

Bagaimanapun, kebenaran tersebut menimbulkan reaksi kurang senang memandangkan sebelum ini semua peserta perlu mendapat vaksin Covid-19 ataupun menerima pengecualian kesihatan yang disahkan panel bebas.

Sebelum ini, Djokovic berkeras untuk merahsiakan mengenai status vaksinasi sekali gus menimbulkan spekulasi mengenai penyertaannya pada kejohanan itu.

“Sesiapa individu yang telah lengkap syarat yang telah diberikan, mereka dibenarkan untuk masuk ke negara ini. Tiada layanan istimewa diberikan kepada Djokovic,” kata Tiley.

Sementara itu, beberapa pemain terkejut dengan keputusan penganjur perlawanan, termasuk pemain beregu Britain, Jamie Murray.

“Saya tidak tahu apa yang perlu saya katakan tetapi jika saya yang tidak mengambil suntikan vaksin Covid-19 sebelum ini pasti saya akan berdepan masalah.

“Kemungkinan juga saya tidak dapat pengecualian kesihatan untuk menyertainya,” tegas Jamie. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN