fbpx

Lelaki ugut anggota penguat kuasa MPKS ditahan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rakaman memaparkan seorang lelaki melakukan provokasi terhadap seorang anggota penguat kuasa MPKS.

SUNGAI BULOH – Polis menahan seorang lelaki yang melakukan provokasi ke atas anggota penguat kuasa Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) sehingga video perbuatannya itu tular di media sosial semalam.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar berkata, lelaki berusia 30 tahun itu ditahan di sebuah stesen minyak di Jalan Bidara 6/3, Saujana Utama di sini kira-kira pukul 9 malam tadi.

“Semalam, tular satu rakaman video di media sosial di mana terdapat seorang lelaki bertugas sebagai anggota penguat kuasa MPKS sedang menjalankan tugas menyaman kenderaan yang menyalahi undang-undang dalam kawasan tugasan iaitu di Jalan Bidara 6/2 Saujana Utama sebelum diprovokasi oleh seorang lelaki.

“Susulan kejadian itu, polis menerima satu laporan yang telah dibuat oleh seorang lelaki yang bekerja sebagai anggota penguat kuasa MPKS kira-kira pukul 9.49 pagi semalam,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI