fbpx

Lelaki Nigeria pilihan Vicha, dah 3 tahun kahwin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VICHA bersama anak hasil perkahwinan dengan lelaki Nigeria.

PETALING JAYA – Pelawak yang juga pelakon dari negara seberang Vicha Saywho mendedahkan bahawa dia sebenarnya tidak lagi bergelar janda selepas berkahwin dengan seorang lelaki warganegara Nigeria dikenali sebagai Johnson sejak tiga tahun lalu.

Malah, Vicha atau nama sebenarnya Refika Novianti Faturohman, 34, juga sudah memiliki seorang cahaya mata lelaki, Michael Trevor Ayomide yang kini telah pun berusia dua tahun.

Perkara tersebut didedahkan Vicha dalam saluran YouTube miliknya, Vicha Barbie baru-baru ini. Ujarnya, dia telah berkenalan dengan suaminya itu sejak tahun 2015 lagi.

“Suami seorang mualaf dan sudah memeluk agama Islam. Saya minta maaf kerana tidak beritahu lebih awal, bukan berniat merahsiakan tetapi saya tak mahu nanti orang kata semua benda pun nak kecoh.

“Tetapi sekarang ini saya rasa sudah sampai masanya sebab ada yang bertanya tentang Johnson sebab selalu nampak kami bersama,” katanya.

Kata Vicha lagi, dia berharap dengan pendedahan yang dibuat itu menutup segala spekulasi sekali gus mengelak daripada difitnah.

Tambah wanita yang pernah membintangi filem 10 Tips Tipu Bini itu lagi, dia tidak berniat untuk menyembunyikan perkahwinannya kerana tidak mahu berkongsi hal peribadi, tambahan lagi Vicha sebelum ini pernah gagal dalam rumah tangga.

Bagaimanapun Vicha merasakan sekarang merupakan waktu yang sesuai untuk berkongsi kepada umum terutama para peminat yang sering tertanya-tanya mengenai lelaki yang selalu ada bersamanya itu. Berkongsi mengenai suaminya itu, Vicha berkata Johnson seorang lelaki yang bertanggungjawab dan matang.

“Masa kami berkawan, saya sudah beritahu kepada dia yang saya tidak mahu dikecewakan lagi. Bukan mudah saya nak buka pintu hati saya. Saya pernah melalui pengalaman memeritkan sebelum ini.

“Tetapi dia meyakinkan saya yang dia tidak akan mengecewakan saya dan mempamerkan kesungguhan. Dia seorang pendiam berbeza dengan saya. Tapi dia ada sisi kelakar.

Sebelum mendirikan rumah tangga, anak-anaknya dari Indonesia datang ke Malaysia dan bersetuju jika ibu mereka mahu berkahwin.

“Anak-anak tahu hubungan kami dan ketika mereka datang ke Malaysia, mereka beritahu saya kalau sudah suka kahwin sahaja.

“Alhamdulillah, setakat ini semuanya baik-baik sahaja dan anak-anak menerima bapa baru dan adik mereka. Tambah-tambah lagi selama lebih 10 tahun mereka tidak mendapat kasih sayang daripada seorang bapa. Mereka juga sangat rapat dengan Johnson,” jelasnya.

Sekadar info, Vicha turut mempunyai tiga orang anak perempuan yang tinggal di Indonesia hasil daripada perkahwinan terdahulu iaitu Aurael Angelina Khezya, Listya Arum Tresnasih dan Michelle Averina Chalista – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI