fbpx

LBS sasar jualan RM1.6 bilion 2022

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hock SAN (tengah) bergambar bersama pengurusan tertinggi LBS pada majlis taklimat media semalam.

PETALING JAYA – Pemaju hartanah, Kumpulan LBS Bina Bhd. (LBS) mengunjurkan pencapaian lebih baik tahun ini dengan sasaran jualan RM1.6 bilion.

Pengerusi Eksekutifnya, Tan Sri Lim Hock San berkata, keyakinan itu berdasarkan pencapaian membanggakan tahun lalu dengan jualan RM1.575 bilion, 31 peratus lebih tinggi berbanding sasaran awal pada RM1.2 bilion dalam keadaan pasaran tidak menentu akibat Covid-19.

“Tahun ini, kami bercadang melancarkan 14 projek baharu meliputi kawasan Lembah Klang, Johor, Pahang dan Perak berjumlah 3,733 unit hartanah dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM1.77 bilion.

“Sebagai perbandingan, LBS melancarkan 3,344 unit hartanah bernilai RM1.6 bilion pada 2021.

“Buat masa ini, kami masih mempunyai 18 projek pemba­ngunan yang sedang berjalan, dengan anggaran GDV sebanyak RM5.3 bilion,” katanya pada sesi taklimat media tahunan LBS di sini semalam.

Setakat 31 Disember 2021, bank tanah LBS dianggarkan seluas 1,110 hektar dan mampu memastikan Kumpulan kekal re­levan untuk tempoh 10 hingga 15 tahun akan datang.

Sementara jumlah jualan belum dibil pula bernilai sekitar RM2.304 bilion yang bakal memberikan impak pendapatan jelas buat Kumpulan untuk tempoh dua hingga tiga tahun depan.

Hock San menambah, bagi memulakan tahun 2022, pihak­nya telah melancarkan kempen ‘Bring Happiness Home’ yang memberi ganjaran Angpow Tahun Baru Cina berjumlah RM438,888 buat pembeli rumahnya dari 1 Januari hingga 28 Februari 2022.

“Kami turut menawarkan pakej perabot, yuran tempahan yang rendah, ganjaran kesetiaan, skim pembayaran fleksibel dan yuran keluar sifar, selain mengenepikan yuran guaman dan duti setem ke atas perjanjian pinjaman bagi semua pembeli harta­nah kediaman LBS yang terpilih,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI