fbpx

‘Kasihan kena cari aku di Padang Mahsyar nanti’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ISTERI Caprice, Farra Inalis sering menjadi mangsa kecaman netizen.

NAMPAKNYA kecaman yang diterima Farra Inalis iaitu isteri penyanyi rap sensasi, Caprice masih belum bernoktah.

Baru-baru ini, dia ada memuat naik tangkap layar komen negatif yang diterimanya daripada seorang netizen dan sempat membalas agar individu itu berhenti daripada melakukan perkara tersebut.

“Diam bukan takut atau salah sebab aku tiada dosa terhadap manusia dan hanya dosa dengan Allah SWT. Aku minta maaf.

“Tetapi anda semua yang asyik mengecam, kalau aku tak maafkan, kasihan nanti kena cari aku di Padang Mahsyar,” balasnya.

Alahai sabarlah ya. Kepada netizen di luar sana, berhentilah mengecam individu yang tidak sepatutnya.

Selagi dia tidak membuat onar atau memburukkan imej sendiri, jangan diganggu kerana risau pula tuan punya badan atau suaminya ‘meletup’ nanti.

MIZZ LAHAR: Terharu dengan semangat Ebby Yus berdepan ujian, kesihatan dan rumah musnah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI