fbpx

Kanak-kanak 5 hingga 11 tahun dah boleh vaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun kini boleh menerima vaksin Covid-19 selepas kelulusan pendaftaran bersyarat diberikan kepada produk vaksin COMIRNATY 10mcg Concentrate for Dispersion for Injection.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, keputusan tersebut dibuat menerusi

Mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) kali ke-368 yang bersidang hari ini berkenaan pendaftaran produk vaksin Covid-19.

“COMIRNATY 10mcg Concentrate for Dispersion for Injection adalah vaksin COMIRNATY yang diluluskan untuk imunisasi Covid-19 kepada kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun.

“Sediaan ini mempunyai kekuatan lebih rendah berbanding vaksin COMIRNATY yang diberikan kepada individu berusia 12 tahun dan ke atas,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, selain vaksin tersebut, kelulusan pendaftaran bersyarat turut diberikan kepada COMIRNATY (Tris/Sucrose) 30mcg Solution for Injection.

Katanya, bagi COMIRNATY (Tris/Sucrose) 30mcg Solution for Injection pula merupakan vaksin COMIRNATY dengan formulasi baharu yang tidak memerlukan pencairan sebelum administrasi serta mempunyai tempoh jangka hayat lebih panjang iaitu 10 minggu berbanding formulasi sedia ada (satu bulan) apabila disimpan pada suhu dua darjah celsius hingga lapan darjah celsius setelah dinyah beku.

“Indikasi COMIRNATY (Tris/Sucrose) 30mcg Solution for Injection ini adalah untuk imunisasi Covid-19 kepada individu berusia  12 tahun dan ke atas. Pemegang pendaftaran bagi kedua-dua vaksin COMIRNATY tersebut adalah Pfizer (Malaysia) Sdn. Bhd. dan dikilangkan oleh BioNTech Manufacturing GmbH, Jerman,” katanya.

Mengulas lanjut, Dr. Noor Hisham berkata, PBKD  juga memberikan kelulusan  bersyarat  bagi  penggunaan  vaksin Convidecia Recombinant  Novel  Coronavirus  Vaccine  (Adenovirus  Type  5 Vector)  Solution  for  Injection  sebagai  dos  penggalak  kepada  individu  berusia 18  tahun  dan  ke  atas.

Katanya, ia mempunyai selang masa tiga hingga enam bulan selepas menerima dos pertama daripada vaksin yang sama.

“Pemegang  pendaftaran bagi vaksin ini ialah Solution Biologics Sdn.  Bhd.  dan  ia  dikilangkan oleh CanSino Biologics Inc., China.

“Kelulusan  pendaftaran  bersyarat ini  masih memerlukan  maklumat  kualiti, keselamatan  dan  keberkesanan  produk  vaksin tersebut  dipantau  dan  dinilai  secara berterusan oleh  Bahagian  Regulatori  Farmasi  Negara  (NPRA),  berdasarkan  data-data terkini  dari  semasa  ke  semasa.

“Ia bagi  memastikan  perbandingan  manfaat risiko bagi  vaksin-vaksin  tersebut  kekal  positif,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI