fbpx

Inisiatif Sellection bantu rakyat Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rafidah bangga apabila dapat membantu rakyat Malaysia terutama wanita untuk mendapatkan barang berjenama mewah luar negara menerusi Sellection.

PETALING JAYA – Kisah pengasas butik dalam talian dan fizikal, Sellection, Nor Rafidah Khairuddin ini cukup menginspirasikan dan pernah tular dalam media sosial sebelum ini.

Mengimbas kisah permulaan kejayaan yang cukup menginspirasikan, dia penah melakukan pelbagai kerja ketika berhijrah ke Montreal, Kanada pada tahun 2014.

Termasuk menjadi pembantu dapur, bekerja di hotel sebagai pekerja pembersihan dan mendapat gaji sekitar RM40 sehari sahaja, dia langsung tidak kisah demi membantu suami menambah sumber pendapatan.

Ketika itu anak bongsu daripada tujuh beradik ini mengikut suami tersayang, Abdul Hadi Wisman yang bekerja di sana.

Paling kemuncak keputusannya mencuba nasib menjual mufin pisang hasil resipi ciptaan sendiri di kafe sekitar Montreal.

“Gigih saya jalan kaki dari satu kafe ke satu kafe di Downtown Montreal untuk memberi tester mufin pisang. Saya dipandang jelek, kena reject dan tidak ada siapa ingin menerima kerana saya muslim dan bertudung.

“Tapi ia tak mematahkan semangat dan saya terus kuat mencari peluang tanpa mengalah,” katanya.

Kesungguhan Rafidah ini turut menjadi asbab kepada laluan rezeki dan kejayaannya kini.

“Jika dikenang semula semua kisah itu, saya ada kalanya menangis dalam kegembiraan. Tak sangka hasil duit jualan mufin itu, saya hargai diri dengan membeli beg tangan berjenama pertama di Montreal Premium Outlet.

“Terlintas pula nak jadi personal shopper ambil pesanan dan tempahan daripada rakyat Malaysia. Masa itu niat nak beri peluang mereka yang lain untuk merasa pakai barangan mewah dan berjenama dengan harga mampu milik jenama dari Amerika Syarikat.

“Niat itu dipermudahkan, hingga saya tak sangka boleh memiliki perniagaan menjual beg tangan dan aksesori fesyen wanita dan lelaki berjenama tulen,” katanya.

Bermula menggunakan medium Facebook Page – Branded Handbags by Rafidah untuk mengetengahkan perniagaan itu pada 2014, Rafidah kemudiannya membuka butik fizikal di Kuala Lumpur pada tahun 2018 dengan menubuhkan jenama Sellection.

Ia disusuli dengan mewujudkan domain laman sesawang www.sellection.com yang kini menjadi platform beli belah dalam talian pilihan utama dan dipercayai ramai di Malaysia.

Ekoran fasa pandemik Covid-19 menyerang, cabaran yang dihadapi mereka ialah butik fizikal terpaksa ditutup dan tidak boleh beroperasi.

“Mujur laman sesawang menjadi penyelamat waktu getir ini kerana 80 peratus jualan diraih daripada situ. Pelanggan boleh membeli-belah secara dalam talian dengan mudah dan cepat di mana-mana sahaja pada bila-bila masa,” katanya.

Mengetengahkan tagline ‘Embracing Confidence’ atau meraikan keyakinan telah berjaya merealisasikan impian ramai wanita dan lelaki untuk memiliki barangan berjenama antarabangsa serta kekal bergaya dan berkeyakinan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI