fbpx

Guardiola mahu Barca lepaskan De Jong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DE JONG dilihat oleh Guardiola sebagai pengganti sesuai buat Fernandinho yang bakal mengakhiri kontrak di Etihad tidak lama lagi. – AFP

MANCHESTER – Pengurus Manchester City, Pep Guardio­la dilaporkan bersedia untuk membuka rundingan kedua bersama Barcelona selepas berjaya menyelesaikan urusan perpindahan Ferran Torres sebelum ini.

Kali ini, Guardiola dikatakan bersedia untuk melepaskan pemain pertahanan buruan The Catalans, Aymeric Laporte, namun ia bukanlah melibatkan wang tunai sebaliknya beliau mahukan Frenkie De Jong sebagai subjek pertukaran.

Guardiola sangat meminati kelibat De Jong dan memutuskan bersedia untuk menjalankan urusan seterusnya bersama gergasi Sepanyol itu jika mereka sanggup melepaskan pemain berkenaan ke Etihad.

Ketika pemain veterannya, Fernandinho bakal menamatkan kontrak tidak lama lagi, Guardiola sedar bahawa beliau perlu melakukan persediaan untuk mendapatkan pemain gantian dan mendapati bahawa De Jong adalah yang terbaik untuk posisi berkenaan.

Barcelona sebelum ini meng­akui bahawa De Jong antara pemain yang perlu dilepaskan untuk mengurangkan beban kewangan selain percaya mereka memiliki bakat muda yang baik di bahagian tengah untuk me­ngisi kekosongan itu nanti.

Namun, De Jong yang masih memiliki kontrak selama lima tahun setengah di Camp Nou selepas meninggalkan Ajax Amsterdam pada 2019 dikatakan mahu terus kekal bersama pasukan itu.

Guardiola pula tidak terlalu berat hati untuk membenarkan Laporte pergi apabila beliau memiliki dua lagi pemain pilihan, Nathan Ake dan John Stone untuk berpasangan bersama Ruben Dias. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI