fbpx

Fenomena kilat Kutub Utara membimbangkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fenomena kilat di Kutub Utara menunjukkan suhu pemanasan berlaku di rantau yang sebahagian besarnya adalah beku itu. – WorldAtlas

WASHINGTON – Fenomena kilat yang semakin kerap di Kutub Utara dipercayai memberi petanda gangguan iklim dunia mula merubah cuaca global, lapor stesen penyiaran CNN kelmarin.

Sebuah syarikat pemantau alam sekitar berpangkalan di Finland, Vaisala, melaporkan sebanyak 7,278 kejadian kilat berlaku di Kutub Utara pada 80 darjah latitud, iaitu hampir dua kali ganda daripada gabungan sembilan tahun sebelumnya.

Kilat di Lautan Artik sangat jarang berlaku dan ia menjadi penanda aras buat para saintis mengesan krisis perubahan iklim. 

Pakar Meteorologi dan Pengurus Aplikasi Kilat Vaisala, Chris Vagasky berkata, planet yang semakin panas  mengecas persekitaran Artik sekali gus menyebabkan banyak kejadian kilat berlaku.

“Kami mendapati bahawa kejadian kilat dan ribut petir kini melarat hingga ke Siberia dan bergerak ke Lautan Artik serta meneruskan pergerakan jauh ke bahagian utara.

“Udara panas dan lembap dari semua benua kini bergerak ke Lautan Artik dan ia berlaku secara berterusan, sekali gus menyebabkan banyak kejadian ribut tercetus di situ,” katanya. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI