fbpx

Berpuluh-puluh ribu tapak sulaiman mati terdampar di tepi pantai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR menujukkkan antara tapak sulaiman mati yang dihanyutkan ke pesisir pantai di Wales. – Athena Pictures

LONDON – Berpuluh ribu tapak sulaiman ditemui mati dan terdampar di sebuah pantai di Wales, lapor akhbar Mirror UK kelmarin.

Fenomena menyedihkan itu dirakam oleh seorang jurugambar amatur, Giles Davies, yang menghubungi Badan Penyiaran Britain (BBC) mengenai insiden di Pantai Coppet Hall, Pembrokeshire itu. 

‘’Saya tidak pernah melihat situasi ini sebelum ini. Sungguh menyedihkan untuk melihat kematian beribu-ribu haiwan ini.

‘’Jumlahnya sangat besar. Untuk spesis sebanyak itu naik ke darat pada musim sejuk adalah tidak pernah berlaku sebelum ini,’’ katanya. 

Persatuan Pemuliharaan Marin memaklumkan, cuaca ekstrem biasanya menjadi punca kejadian sedemikian.

Jurucakap organisasi itu berkata: “Kami kerap melihat haiwan yang tinggal di dasar laut terdampar selepas ribut, biasanya pada musim sejuk, kadang-kadang beberapa kali dalam setahun.’’ – Agensi 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI