fbpx

Bercinta dengan Redza, mana ada – Sharifah Rose

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHARIFAH ROSE menafikan dirinhya kini dengan menjalin cinta dengan pelakon, Redza Rosli.

PETALING JAYA – Cinta lokasi bukan sesuatu yang tabu dalam kehidupan selebriti popular. Sudah banyak yang bertemu jodoh dari lokasi penggambaran, tinggal lagi, mahu mengakui ataupun menafikan. Itu yang terjadi kepada pelakon yang juga pesohor media sosial Sharifah Rose  dengan aktor segak, Redza Rosli ketika ini.

Dua bulan menamatkan persembahan romantis sebagai pasangan dalam Kekasih Hati Mr. Bodyguard, Sharifah Rose terpanggil menafikan dakwaan ramai yang tidak habis-habis mendakwa mereka sebagai pasangan bercinta.

Ujar Rose atau nama lengkapnya Sharifah Rose Sabrina Syed Mohd. Mazfira, 23, dia hanya menganggap Redza sebagai rakan kerja dan mengakui bahawa lelaki itu banyak membantunya memberi tunjuk ajar dan kata-kata semangat ketika berlakon.

“Kalau nak kata cinta lokasi, mana ada. Kami sekadar rapat untuk menjayakan watak dalam drama sahaja. Alhamdulillah drama tersebut dapat diterima baik penonton walaupun pada awalnya saya ada juga dikritik.

“Redza banyak memberi semangat dan tunjuk ajar kepada saya untuk menjiwai watak dalam drama tersebut,” katanya.

Ujar pelakon cantik itu lagi, sebagai pelakon baharu, Redza banyak bersama dengannya untuk berkongsi pelbagai ilmu dan mengakui bahawa pelakon tersebut sangat menjiwai watak ketika berlakon.

“Redza seorang pelakon ‘method’. Jadi kalau dia berlakon memang akan terasa,” ujarnya ketika di temui di majlis pelancaran program terbaharu Master In The House Malaysia di Petaling Jaya Performing Arts Centre, Petaling Jaya baru-baru ini.

Perkongsian beberapa adegan mesra kedua-dua pelakon itu dalam laman sosial sekali gus menarik perhatian peminat apabila dilihat seolah-olah memberi restu hubungan mereka.

Bagaimanapun, Rose menganggap apa yang dikongsikan itu hanyalah sekadar bentuk promosi drama tersebut dan tidak lebih daripada itu.

“Saya sekadar berkongsi untuk mempromosikan drama sahaja. Tidak lebih daripada itu.

“Sekarang pun masing-masing sibuk dengan jadual kerja. Saya kini ada program baharu, manakala Redza pula sedang berada di Perli untuk menjalani penggambaran di sana,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI