fbpx

Along Spoon segar dalam hati peminat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rossazila menunjukkan sebahagian barangan berkaitan kumpulan Spoon yang masih disimpan sehingga hari ini.

KUALA LUMPUR – Sebahagian peminat yang masih sayangkan Along Spoon tetap setia me­ngingati dan menyimpan pelbagai koleksi barangan berkaitan arwah.

Normala Sabar, 45, berkata, dia mula jatuh cinta dengan kumpulan Spoon melalui lagu Rindu Serindu-Rindunya dan masih menyimpan koleksi lagu-lagu mereka walaupun tidak pernah mengenali arwah.

“Saya hanya kenal rapat de­ngan keluarga Along pada 2017 melalui kelab peminat yang ditubuhkan di Facebook,” katanya.

Sementara itu, Rossazila Omar, 41, berkata, pertama kali dia berjumpa dengan kumpulan Spoon pada persembahan di sebuah pusat beli-belah di Sungai Buloh, Selangor sekitar tahun 1990-an.

“Along dan anggota Spoon sangat baik dan ramah dengan peminat. Mereka akan balas surat pe­minat dan sebab itu kami masih setia dengan Spoon,” katanya.

Tambah Rossazila, kumpulan itu juga memberikan nombor te­lefon untuk peminat yang ingin bersembang bersama Spoon.

“Saya juga membawa keluarga dan peminat-peminat Spoon un­tuk pergi menziarahi kubur arwah,” jelasnya.

Lelaki dari Sabah, Aslan Abdul Aziz, 40, pula berkata, dia masih menyimpan album Mega Pack Spoon yang mempunyai sebanyak 32 senarai lagu termasuk versi karaoke.

“Ini kenangan dan saya akan terus menyimpannya,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI