fbpx

Airmata dah kering, rumah dibiar kosong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan pasca banjir di Taman Sri Muda, Shah Alam.

Bertemankan sinaran lampu jalan yang menerangi bilik utama, Ros melabuhkan diri merihatkan badan dan minda selepas seharian membersihkan rumah yang hampir tenggelam dek banjir besar pertengahan bulan Disember tahun lalu.

Sehingga sekarang, rumah pusaka peninggalan arwah mertuanya di Taman Seri Muda, Shah Alam tiada elektrik kerana menunggu kontraktor membuat pendawaian semula.

Hidup perlu diteruskan meskipun pahit ujian Tuhan buat pasangan ini tetapi sedikit demi sedikit berkat sokongan fizikal, mental dan doa keluarga, jiran dan rakan-rakan, Ros mampu bertatih setapak demi setapak.

Perancangan diatur dengan mengosongkan aras bawah dengan hanya membentangkan tikar selain dapur ringkas untuk memasak, selebihnya ruang atas diubah menjadi ‘ibu rumah’ yang lengkap.

Tiada lagi minatnya terhadap perabot baharu termasuk sofa hanya menggunakan meja, kerusi plastik yang mudah dilipat dan di simpan.

Meskipun pernah dilanda banjir sebanyak empat kali, Ros nekad untuk tidak berfikir berpindah kerana dia yakin masih ada rezeki buat keluarganya di rumah syurga itu.

“Aku dah kering air mata tapi apa yang penting sekarang, aku perlu membaiki dua buah kereta untuk membolehkan kami berniaga semula,” jelas usahawan pakaian muslimah itu.

Baru sahaja bangkit daripada pandemik Covid-19 yang memberi kesan kepada jualan dan pendapatan bulanannya, Ros kini redha dengan ujian Allah untuk meneruskan kelangsungan hidupnya.

Semangat Ros kuat, bermula dari hari pertama terkurung di tingkat atas dengan berbekalkan sedikit air, makanan termasuk nasi basi yang dihulurkan sukarelawan sehingga berjaya diselamatkan pada hari ketiga.

Tanpa semangat dan pengorbanan temasuk wang ringgit, usaha bangkit semula ini tidak akan menjadi buat Ros dan juga pada mangsa banjir yang lain.

Tidak mahu ‘melawan arus’ membentak tindakan kerajaan yang tidak popular berkaitan wang persaraan pada waktu kritikal ini, Ros nekad untuk merebut peluang daripada tawaran Bantuan Bencana Banjir Keluarga Malaysia.

Bukannya sedikit jumlah bantuan tersebut tetapi ia boleh mencecah sehingga RM61,000 yang melibatkan bantuan wang ihsan RM1,000 dan sumbangan pembelian barangan keperluan bernilai RM2,500.

Kerajaan juga menyediakan bantuan baik pulih rumah dan juga rebat pembelian barangan elektrik, bil elektrik, baik pulih atau penggantian kenderaan baharu serta diskaun untuk membaik pulih kenderaan.

Persetankan niat mereka yang suka mempolitikkan isu mengenai bantuan banjir itu dan apa yang penting buat Ros kini hanyalah memikirkan survival diri untuk menghadapi hari-hari mendatang.

Pastinya Allah akan gantikan sesuatu yang lebih baik, rezeki yang berganda buat Ros sekeluarga selepas ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI