fbpx

Wanita tidak boleh senyum akibat penyakit aneh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Clement menghidap sindrom Moebius yang menjejaskan otot yang mengawal ekspresi muka dan pergerakan mata. - JamPress

WELLINGTON – Seorang wanita New Zealand dilahirkan dengan sindrom ganjil yang menyebabkan dia tidak boleh senyum, lapor akhbar New York Post kelmarin.

Tayla Clement, 24, menghidap gangguan neurologi dinamakan  sindrom Moebius yang menjejaskan otot-otot kawalan  ekspresi muka dan pergerakan mata.

Akibat penyakit itu, Clement telah menghabiskan seluruh hidupnya tanpa dapat menggerakkan mata, mengangkat kening atau menggoyangkan bibir atasnya.

“Ia tidak selalunya mudah.

“Saya menghabiskan bertahun-tahun membenci senyuman saya, berharap saya mempunyai senyuman ‘biasa’ dan berharap diri saya tidak wujud. Namun, dengan beberapa keajaiban, saya masih di sini,” kata wanita itu yang juga merupakan seorang atlet.

Sindrom Moebius tidak mempunyai penawar namun gejalanya boleh dirawat.

Pada usia 12 tahun, Clement menjalani ‘pembedahan senyuman’ di mana doktor memindahkan tisu lembut daripada  paha ke wajahnya  dalam usaha memulihkan senyumannya.

Bagaimanapun, prosedur tersebut gagal, menyebabkan Clement mengalami wajah yang membengkak dan lebam.

Dia kemudian turut menjadi mangsa buli kerana ‘wajahnya yang pelik’.

Kesan daripada itu, ketika berusia 18 tahun, Clement disahkan menghidap penyakit kemurungan yang teruk.

Wanita itu kemudian bersara daripada dunia sukan dan kini menyertai syarahan awam untuk memberikan  inspirasi kepada orang lain yang mengalami kelainan wajah dan sindrom serupa.

“Menjadi sumber inspirasi, pemerkasaan dan harapan kepada  orang lain adalah sangat menakjubkan,” kata bekas atlet   itu  yang mendokumentasikan perjalanan hidupnya buat 18,500 pengikutnya di laman Instagram. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI