fbpx

Wanita jual kentut dimasukkan ke hospital kerana kentut berlebihan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Matto dinasihatkan untuk mengubah dietnya dan mengambil ubat penahan angin yang telah menamatkan perniagaan menjual kentut yang diusahakannya. - JamPress

HARTFORD, CONNECTICUT – Seorang bekas bintang realiti televisyen di Amerika Syarikat yang menjana pendapatan sebanyak AS$200,000 (RM838,500) dengan menjual kentutnya di dalam balang,  dimasukkan ke hospital akibat kentut terlalu banyak, lapor laman berita MailOnline semalam.

Steph Matto, 31, dari Connecticut  dikejarkan ke unit kecemasan sebuah hospital selepas mengalami kesakitan pada dadanya.

Dia pada mulanya menyangka diserang sakit jantung atau strok dan akan meninggal dunia pada bila-bila masa.

Doktor melakukan ujian darah terhadap Matto dan kemudian memaklumkan bahawa gejala yang dialami wanita itu adalah kerana badannya menghasilkan terlalu banyak angin yang berpunca daripada amalan pemakanannya yang kerap memakan telur, kekacang dan pisang.

“Saya fikir saya diserang sakit jantung atau strok. Saya telah melakukannya secara berlebihan,” katanya.

Matto mula menjual kentut pada November tahun lalu selepas menerima permintaan daripada laman web dewasa Unfiltrd. 

Namun, Matto mula merasakan sesuatu tidak kena pada badannya ketika dia berbaring dan merasakan tekanan pada perutnya.

“Saya sukar bernafas dan setiap kali saya cuba untuk bernafas, saya berasa seperti hati saya dicubit,” katanya.

Matto dinasihatkan untuk mengubah dietnya dan mengambil ubat penahan angin. Dia juga telah berhenti daripada menjual kentutnya. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI