fbpx

Tukang rumah didakwa bunuh adik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Masofi (dua dari kanan) dihadapkan ke Mahkamah Majistret Tanah Merah hari ini atas pertuduhan membunuh adiknya minggu lalu. FOTO BAHRUDDIN HATTA

TANAH MERAH – Seorang tukang rumah dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh adik lelakinya di sebuah rumah di Kampung Melayu Sungai Rual, Jeli minggu lalu.

Tiada pengakuan direkodkan tertuduh, Masofi Masae, 36, yang hanya mengangguk faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Mohamad Nasrudin Mohamed.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang merupakan warganegara Thailand didakwa membunuh adiknya, Ma-Udeng Masae, 30.

Kesalahan itu dilakukan olehnya di sebuah rumah di Kampung Sungai Rual Melayu, Jeli kira-kira pukul 1.30 pagi pada 29 Disember lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nazuha Mohd. Nasir manakala tertuduh tidak diwakili peguam.- K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI